Selamat pagi pembaca,
Hari ini saya hendak memperkenal buku baharu yang saya mula baca sejak beberapa hari lalu.
Tajuk buku ini adalah Alexander Adalah Zulqarnain.
Buku ini dikeluarkan oleh PTS Publications and Distribution Sdn Bhd.
Buku ini dikeluarkan pada tahun 2010 dan diulang cetak sebanyak lapan kali dan terakhir diulang cetak pada tahun 2012.
Buku ini mengandungi bahagian Pendahuluan dan 25 bab.
Bahagian pendahuluan mempunyai 36 muka surat dengan menerangkan sinopsis beberapa bab yang penting.
Amat menarik kerana pembaca dapat memahami tujuan sesuatu bab ditulis serta diterangkan dengan ringkas maklumat bab tersebut.
Pendahuluan dimulakan dengan puisi bertajuk Isa dan Iskandar yang menceritakan keperibadian kedua-dua Mukmin ini iaitu Nabi Isa al-Masih (4SM hingga 33M) dan Alexander the Great (356 hingga 323SM)
Kemudian, penulis beralih menceritakan geografi sesuatu kawasan dan diselang-selikan dengan ayat suci Al-Quran yang disertakan dengan nama surah dan ayat.
Ini memudahkan pembaca membaca serta dapat memahami dengan lebih jelas penerangan diberikan.
Seterusnya, menerangkan siapakah Alexander dari pelbagai pandangan pemikir dan penulis.
Buku ini turut memuatkan surah daripada Al-Quran yang mengesahkan Alexandar the Great ialah Iskandar Zulkarnain.
Selain itu, penulis turut menunjukkan peta perjalanan Alexander The Great.